Nasional

Tragedi Elmina: Rakaman suara dalam komponen ‘memory puck’ berjaya diekstrak

Rakaman suara 30 minit dalam komponen ‘memory puck’ pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, hasil daripada ekstrak itu, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik.

“Mengenai nahas pesawat di Elmina, semalam, dibantu jurutera di sana (Florida) membantu mendapatkan data dan hasilnya data itu berjaya diekstrak daripada ‘memory puck’.

“Jadi, semua rakaman suara dalam pesawat terutama 30 minit terakhir sebelum sehingga nahas itu berlaku, berjaya dimuat turun,” katanya, hari ini. – SM

BACA Pesawat terhempas di Elmina Central Park, Shah Alam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button