Kemalangan

Tragedi di konsert Pinkfish, empat nyawa melayang di Sunway

POLIS mengesahkan menerima laporan mengenai kematian empat individu, terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga tempatan, yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa laporan polis berhubung mangsa yang berusia sekitar 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Menurut beliau, proses bedah siasat telah dijalankan hari ini, namun pihak berkuasa masih menunggu hasil siasatan makmal.

“Hasil pemeriksaan setakat ini tidak menemui sebarang kecederaan luaran, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Bagaimanapun, siasatan diteruskan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau keracunan terhadap semua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122, atau Pusat Kawalan Daerah di talian 03-78627222.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button