Tragedi berkhemah di Pantai Kelanang
AKTIVITI perkhemahan semakin menjadi pilihan masyarakat, setelah kerajaan memutuskan tidak membenarkan pergerakan merentas negeri dan merentas negara.
Selain kawasan air terjun, pantai merupakan lokasi digemari untuk aktiviti perkhemahan, terutama berkeluarga.
Bagaimanapun baru-baru ini Suara Merdeka terbaca satu hantaran ke Facebook Anishah Issak menceritakan bagaimana orang ramai yang berkhemah dihalau oleh pihak berkuasa ketika dini hari di Pantai Kelanang, Banting Selangor.
Ramai yang mempersoalkan betulkah aktiviti berkhemah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Jika tidak dibenarkan mengapa di kawasan lain aktiviti berkenaan berjalan seperti biasa, termasuk di tapak-tapak perkhemahan.
Mereka juga mempersoalkan mengapa pihak berkuasa bertindak setelah dini hari dan tidak lebih awal, kerana ia menyukarkan orang ramai yang kebanyakan berkhemah dengan keluarga.
Sementara itu difahamkan anggota polis bertugas menegur orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagaimanapun apabila orang ramai tidak mengedahkan teguran tersebut, polis telah membuat pengumuman menggunakan alat pembesar suara.
Difahamkan juga ia lebih kepada teguran kerana orang ramai berkumpul dan duduk rapat-rapat.
Berikut luahan hati peminat aktiviti berkhemah.
Tragedi camping di pantai kelanang ( 9/4-10/4/2021)
Aktiviti camping kami 2 family dipantai kelanang…kami sampai pada jumaat , lepas maghrib n hanya kami 2 family yg bercamping di kawasan situ pada mlm tu..cadangnya kami akan balik tengahari hari ni (ahad)..
Malangnya pada sabtu…ahad dah sebenarnya sebb dah pkl 1 pagi dah Masa tu… semua camper kat situ diarahkan mengosongkan kawasan pantai tu sbb aktiviti berkhemah tidak dibenarkan semasa pkp (katanya la)..2 kali arahan dibuat dengan loud speaker..
So, pkl 1 pagi dengan dok mamai2 lg kami terpaksa la berkemas semua…Masa tu ada tak lebih 30 camper kat kaw kami bercamping n kami org last yg bertolak dari kawasan pantai tu.. Masa tu dah 2.30pg…
Walaupun kami rasa mcm Tak logik polis dtg buat arahan pkl 1 pagi..tp kami tetap berkemas utk elak sesuatu perkara buruk yg mungkin terjadi (minta simpàng la kan)…
Sedih tau…kalau betul Tak dibenarkan bercamping Masa pkp ni, 2 minggu lepas takde la plak kena halau…lagi meriah Masa tu..ramai yg bercamping..n kalau ya pun, bgtau la awal…ni pkl 1 pagi tu…
Ada ke kat tempat lain kena macam kami?(màaf ye jika penulisan akak ni lintang pukang..harap2 faham la ye…
)..