Acara
Minggu yang produkif buat Malaysia
PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur kerana minggu yang penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila kita menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat Singapura, Indonesia dan Jepun.
Selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin, pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara, katanya berkongsi di Facebook beliau.
Kerajaan MADANI terus komited dalam merencana dan melaksana segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara, sosio-ekonomi rakyat dan memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN demi kemakmuran bersama rantau ini.