Politik

Tolak budaya tikam UMNO, terima balik pengkhianat – Nur Jazlan

DATUK Nur Jazlan Mohamed membangkitkan kebimbangan kemungkinan ahli UMNO di peringkat akar umbi sukar menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan-rakan bekas UMNO untuk kembali ke dalam parti itu yang meletakkan syarat berjawatan.

Muhyiddin Yassin

Malah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu khuatir disebabkan isu tersebut, dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti ahli-ahli UMNO di peringkat bahagian akan melawan arus dengan menawarkan diri sebagai calon bebas untuk menentang calon yang direstui kepimpinan UMNO.

“Dan sekiranya mereka berjaya menang dan menjadi wakil rakyat mengalahkan calon UMNO, mereka akan memohon untuk masuk semula UMNO dengan syarat mereka menjadi ketua bahagian.

“Mereka akan menuntut keistimewaan yang diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin sekiranya saranan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz diterima supaya Presiden Bersatu itu secara terus masuk ke dalam UMNO dan menjadi presiden dan calon Perdana Menteri tanpa melalui proses pemilihan parti.

“Senario seperti ini akan memporak-perandakan kestabilan parti di peringkat bahagian, membawa banyak implikasi kepada struktur dan organisasi UMNO, sekali gus melemahkan parti,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Nazri Aziz

Nur Jazlan berkata, saranan Ahli Parlimen Padang Rengas itu bertujuan mengejutkan ahli-ahli UMNO, seterusnya mengaibkan Parti Bersatu dengan mengambil aset tunggalnya (Muhyiddin).

“Persoalannya, terpulang kepada Tan Sri Muhyiddin sama ada beliau masih menyimpan perasaan marah kepada ahli UMNO yang kelihatan tidak membelanya sewaktu dipecat dari UMNO sebelum PRU-14.

“Ataupun beliau boleh mengetepikan pilu hati untuk meninggalkan Bersatu dan masuk semula UMNO tanpa pengkhianat UMNO yang menjadi punahsihat beliau sekarang.

“Keangkuhan pengkhianat UMNO disaksikan dengan keangkuhan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Ahli Parlimen Mersing) menghina UMNO Sabah yang ditubuhkan pada 1991 hasil usaha arwah bapa saya Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha Agung UMNO ketika itu,” kata beliau.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button