fbpx
Nasional

Dokumentari Al Jazeera ada unsur-unsur hasutan

Isi kandungan dokumentari yang terbitkan Al Jazeera berjudul ‘Locked Up In Malaysia’s Lockdown’ mempunyai unsur-unsur di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu disahkan Jabatan Peguam Negara selepas melihat sendiri dokumentari tersebut.

“Kita menjalankan siasatan dengan memanggil tujuh individu daripada Al Jazeera untuk memberi keterangan di atas arahan Jabatan Peguam Negara.

al jazeera
Antara sedutan dokumentari yang diterbitkan Al Jazeera.

“Setelah kita siasat, ada beberapa fakta yang tidak tepat dan condong untuk memberi imej buruk terhadap negara kita,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Kira-kira pukul 8.50 pagi tadim sebanyak enam kakitangan Al Jazeera telah hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


BACA> PDRM cadang tubuh pasukan kajian semula kes Adib

Difahamkan, enam kakitangan itu ialah penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari tersebut.

Menurut Abdul Hamid, kesemua yang dipanggil ini bukanlah dipanggil sebagai suspek, sebaliknya sebagai saksi sahaja.

“Mereka hanya perlu menjawab beberapa soalan untuk kita lengkapkan kertas siasatan bagi dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk siasatan selanjutnya.

“Saya juga beri jaminan kepada semua media tempatan dan antarbangsa bahawa keselamatan anda sentiasa terjamin dan jika ada yang menerima ugutan atau sebagainya, boleh tampil ke balai polis,” jelasnya.

Ujar beliau, pihaknya sentiasa mendukung kebebasan media yang bertanggungjawab untuk melaporkan apa sahaja berita.

“Negara kita mempunyai undang-undang untuk mengawal kepelbagai kaum dan agama. Kita cuma perlu patuh undang-undang itu sahaja,” jelasnya.

BACA> Terima kasih kerajaan Malaysia bantu beri rawatan Covid-19 pekerja migran Nepal

Sementara itu, Abdul Hamid turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengawal emosi dan memberi keyakinan kepada polis untuk menyiasat kes ini dengan adil. -SM

Siasatan polis terhadap Al Jazeera dijalankan atas arahan Jabatan Peguam Negara selepas mendapati dokumentari terbitan stesen penyiaran itu didapati cuba memburukkan nama Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata laporan dokumentari itu jelas mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai.

“Negara mempunyai undang-undang dan ia amat mudah dipatuhi demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

PDRM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendukung prinsip kebebasan media yang ‘bertanggungjawab’ namun laporan (dokumentari) berkenaan jelas menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Enam kakitangan stesen penyiaran Al Jazeera bersama tujuh peguam hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan, hari ini.

Kesemua mereka tiba di Bukit Aman jam 8.50 pagi tadi untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Difahamkan, enam kakitangan itu terdiri daripada penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari kontroversi ‘Locked Up In Malaysia’s Lockdown’. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button