Tok Mat awal potong kek kemenangan
PADA pilihan raya umum yang lalu pada pukul 6 petang hari keputusan pilihan raya pada pemimpin UMNO telah memotong kek meraikan kemenangan.
Sidang pengarang Utusan Malaysia ketika itu juga berseri-seri wajah yakin Barisan Nasional atau BN akan menang, bagaimanapun menjelang selepas maghrib, semuanya mulai berubah dan akhirnya Pakatan Harapan (PH) yang menang.
Bagaimanapun kali ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan lebih hebat masih berbaki seminggu berkempen beliau yakin gabungan itu boleh memperoleh 112 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini dan membentuk kerajaan.
“Kami ada semua data yang telah kami kaji dengan teliti, dan tugas pada 19 Nov ini adalah menggerakkan pengundi yang kami kenal pasti (sebagai penyokong BN) untuk keluar mengundi,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Keyakinan Tok Mat itu mengingatkan insiden potong kek berkenaan, bahkan beliau mengingatkan ahli UMNO untuk turut menghukum Bersatu kerana parti itu sebelum ini juga berada di dalam PH.