Ekonomi

Timba ilmu: Ikuti Kelas Saham bersama Cikgu Saham – Suara Merdeka

KELAS saham yang akan dikendalikan oleh Zuraida Mohd. Zakaria atau lebih dikenali sebagai Cikgu Saham pada 3 April nanti pasti memberi banyak manfaat kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu saham.

Dalam keadaan pendamik melanda negara, orang ramai khususnya golongan suri rumah boleh menjana pendapatan menerusi saham.

Ini termasuk kalangan mereka yang menganggur disebabkan pengecilan jumlah kakitangan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sama ada bersyarat ataupun diperketatkan.

Sedikit perkongsian tentang Cikgu Saham, beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang tersebut dan pernah tampil sebagai kolumnis di akhbar arus perdana.

Beliau berkata, ilmu itulah yang mahu dikongsi dengan mereka yang berminat untuk bermain saham.

“Dalam keadaan PKP dan Covid-19, kita mesti terus berusaha untuk mencari pendapatan atau pun menambah pendapatan.

“Kalau dibiarkan tanpa usaha, hidup hari ini semakin menekan dan susah. Justeru kita lengkapkan diri dengan ilmu saham agar dapat menjana pendapatan,” katanya.

Cikgu Saham mengakui, lazimnya mereka yang mengendalikan kelas saham mengenakan caj yang tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Akan tetapi, di Suara Merdeka, kita menawarkan cos yang rendah kerana tidak mahu membebankan mereka yang ingin menimba ilmu saham tetapi tidak mampu untuk membayar kos yang tinggi, katanya.

“Mengambil kira faktor inilah, saya berkolaborasi dengan portal berita Suara Merdeka, akan mengadakan kelas saham pada 3 April iaitu bulan depan.

“Kelas yang akan saya kendalikan secara maya ini mengambil masa lebih daripada sejam. Insya-Allah, dalam tempoh itu nanti, peserta yang berdaftar akan mendapat ilmu untuk dimanfaatkan,” ujar beliau.

Keunikan mengendalikan kelas saham pada 3 April nanti, dikendalikan melalui Facebook dan yang berbayar sahaja akan mendapat akses.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat untuk mengikuti kelas saham bersama Cikgu Saham, boleh klik pada link https://forms.gle/UFCdPgQPa6yJdoADA – SM

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button