Nasional

Tiga maut, seorang kritikal tidur dalam MPV dengan enjin hidup

PERCUTIAN empat sekawan di Pulau Pinang berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut akibat terhidup karbon monoksida berehat dalam kereta di sebuah stesen minyak di Butterwotd awal pagi tadi.

Semua mereka merupakan pelajar bidang farmasi dengan masing-masing berusia 21 tahun, termasuk sepasang kembar.

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani sebelum singgah berehat di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya pada jam 8.30 malam.

Seorang mangsa dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya.

Seorang lagi mangsa  Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut pada pukul 4.23 petang tadi.

Pasangan kembar  Nor Adilah iaitu Nor Aqilah pula kritikal masih dirawat di ICU Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

Shafee memberitahu, daripada  pemeriksaan awal ke atas kenderaan dinaiki mangsa oleh juruteknik syarikat kereta berkenaan, mengesan kebocoran pada ekzos kenderaan itu.
“Ini kerana ketika pemeriksaan dilakukan, ekzos kereta menghasilkan bunyi yang kuat dan terdapat banyak asap. Kesan daripada kebocoran itu, asap memasuki kenderaan mangsa,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button