JenayahNasional

Tiga ditahan simpan senapang, peluru dan bom

POLIS menahan tiga lelaki kerana menyimpan pelbagai senjata api termasuk senapang, peluru, bom asap, bom ikan, gari dan turut merampas peralatan membuat senjata.

Susulan maklumat dadah yang diperoleh, Ketua Polis Kuala Pilah, SUP Amran Mohd Gani berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Pilah menyerbu sebuah rumah di Kampung Gemencheh Ulu pada pukul 6.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan tersebut, beliau berkata, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan.

“Susulan serbuan pertama, lebih kurang pukul 7.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Pilah membuat serbuan di dua lokasi berbeza di Johol dan menangkap dua lelaki berusia dalam lingkungan usia 40-an.

“Pemeriksaan ke atas semua yang ditangkap, polis menjumpai pelbagai senjata api turutan, peralatan membuat senapang angin serta peluru hidup yang disimpan dengan menyalahi undang-undang,” katanya menurut laporan Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, dua laras senapang angin, satu laras senapang patah buatan sendiri, sepucuk pistol angin, 116 butir peluru hidup jenis penabur, dua butir peluru hidup saiz .0.38 special, sepasang gari, sebutir bom asap, sebutir bom ikan buatan sendiri dan pelbagai peralatan membuat senjata telah berjaya dirampas.

Katanya, semua rampasan dan ketiga-tiga lelaki yang ditangkap dibawa ke IPD Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.

“Semua suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – SM

BACA Dua lelaki ditahan miliki dadah, senjata api

BACA Polis tembak mati tiga lelaki edar dadah, buat senjata api

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button