fbpx
BeritaJenayah

Dua lelaki ditahan miliki dadah, senjata api

POLIS menahan dua lelaki yang disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah telah ditahan di Sungai Chua, Kajang, Selangor kelmarin.

Kedua-dua suspek ditahan lebih kurang pukul 7.30 mamalam oleh sepasukan pegawak dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Kajang dan Kontinjen Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, turut ditemukan bersama suspek yang berusia 42 dan 43 tahun itu ialah dadah jenis Methamphetamine.

“Soal siasat terhadap suspek telah membawa ke sebuah apartment di Subang Jaya, Selangor dan berjaya merampas dadah jenis methaphetamine dan senjata api.

“Kita merampas dadah disyaki jenis Methamphetamine dengan anggara berat 2.3 kilogram, empat laras senapang dan dua pucuk pistol dengan nilai anggaran keseluruhan berjumlah RM350,085,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd. Zaid, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek bagi tujuan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Jelasnya, senjata api yang dirampas dipercayai jenis air-soft gun itu dibeli secara atas talian.

Tambahnya, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button