Kemalangan

Tiga cedera kereta bertembung di Jalan Tehel-Bemban

Seorang pelajar tingkatan satu adalah antara tiga individu yang mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Tehel-Bemban, Jasin, Melaka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, tiga mangsa yang cedera ialah pemandu kereta Nissan Sentra, G. Jamunarani, 41, patah tangan kanan dan anaknya, N. Deepthikka, 13, cedera pada mata sebelah kiri.

Menurutnya, seorang lagi mangsa iaitu pemandu kereta Nissan Almera, Nur Putra Assyarafaiin Zuhari, 22,  pula mengalami sakit dada.

“Dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, Nissan Almera yang dipandu Nur Putra Assyarafaiin dalam perjalanan dari arah Melaka ke Bemban.

“Namun setibanya di tempat kejadian kenderaan itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan kereta Nissan Sentra yang dipandu Jamunarani,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Jamil berkata, ketika itu Jamunarani datang dari arah Bemban ke Melaka untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Jelasnya, akibat pertembungan itu pemandu kereta Nissan Sentra patah tangan kanan manakalanya anak perempuannya mengalami kecederaan di mata kiri.

Katanya, pemandu kereta Nissan Almera pula mengalami sakit dada

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button