Politik

Tidak rugi penduduk DUN Kuang pilih Hasnal Rezua Merican

Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Selangor wajar memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican sebagai wakil rakyat baharu di DUN berkenaan
apabila mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, penduduk beruntung jika memilih Hasnal Rezua Merican kerana beliau adalah seorang yang berwawasan,
berintergriti dan berwibawa.

Menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin itu, mengenali calon BN itu beliau kagum kerana sikap ramah, mesra rakyat dan sering turun padang.

Katanya, berdasarkan kerjaya Hasnal Rezua Merican sebagai penguam bela dan peguam cara beliau sering membantu golongan yang memerlukan.

Jelasnya lagi, calon yang diketengahkan oleh BN adalah seorang pengamal undang-undang dan beliau berpendapat tokoh sebeginilah yang harus disokong oleh pengundi DUN Kuang.

“Saya adalah salah seorang yang dibantu oleh Hasnal sewaktu saya berdepan 34 pertuduhan penyelewengan dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bernilai RM318,400 pada 2017.

“Saya diibaratkan sebagai ‘mayat berjalan’ ekoran pertuduhan tidak masuk akal ini. Namun saya ditemukan dengannya tetapi kini saya seperti ‘mati hidup semula’.

“Hasil usahanya saya telah dilepas dan dibebaskan dari 34 pertuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 19 Ogos tahun lalu dan saya amat terhutang budi atas usahanya,” ujarnya kepada
Suara Merdeka hari ini.

Hasnal Rezua Merican dicalon untuk mewakili BN bagi merebut kerusi DUN Kuang berhadapan dengan penyandang kerusi itu, Sallehudin Amiruddin (Bebas) dan Mohd Rafiq Abdullah (PN-Bersatu).

Hasan berkata, sebenarnya ramai lagi individu tertentu telah dibantu oleh Ketua UMNO Bahagian Selayang itu sebagai peguam bela dan peguam cara.

Selain itu katanya, penduduk beruntung jika memiliki calon BN itu kerana beliau merupakan pejuang hak asasi manusia dan beliau adalah Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam).

Justeru katanya, mengapa tidak penduduk untuk memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai wakil rakyat baharu di DUN Kuang.

“Hasnal memiliki segalanya yang diperlukan oleh penduduk. Insya-Allah saya yakin beliau mampu membantu penduduk di DUN Kuang daripada pelbagai aspek,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button