Hiburan

Tidak mungkin aktres Naya Rivera bunuh diri – polis

POLIS menolak kemungkinan kehilangan bintang siri TV, Glee,  Naya Rivera ada kaitan dengan cubaan bunuh diri.

Menurut pihak berkuasa, dakwaan itu disokong oleh kenyataan anak lelakinya yang ditemui berseorangan di atas bot dekat lokasi kejadian.

Rivera, 33, dilaporkan hilang pada Rabu lepas setelah anak lelakinya yang berusia empat tahun, Josey, ditemui sendirian di atas kapal yang disewa oleh pelakon itu di Tasik Piru dekat Ventura County, California.

Kehilangan pelakon itu membawa kepada misi pencarian selama dua malam.

Menurut polis, sehingga kini pencarian masih lagi diteruskan selepas pihaknya mendengar kenyataan saksi terakhir kejadian tersebut iaitu anak lelaki Rivera sendiri yang berusia empat tahun.

Biarpun ramai yang menganggap bahawa pelakon itu telah mati, pihak berkuasa masih percaya kehilangannya berlaku secara tidak sengaja.

Pegawai Sarjan Sheriff Ventura County, Kevin Donoghue memberitahu wartawan People bahawa kenyataan anak pelakon itu, Josey, tidak membawa sebarang bukti yang menunjukkan pelakon itu mengambil nyawanya sendiri.

“Kami telah menyoal selidik anak lelakinya dan tiada sebarang bukti yang membawa kepada motif bunuh diri. Apa yang kami dapati setakat ini adalah pelakon itu mungkin diseret oleh pusaran air dan ia masih misteri,” katanya sambil menyatakan misi pencarian tetap terus dijalankan.

Malah, dalam laporan kenyataan Josey turut menyatakan bahawa dia yakin ibunya itu berada di dalam tasik. Difahamkan, Tasik Piru pernah mencatatkan beberapa kejadian kematian sejak 40 tahun dahulu.

Sejumlah 23 mangsa dilaporkan maut di tasik itu sekitar tahun 1977 hingga 2000. – SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button