Hiburan

Tidak mengaku orang Indonesia, Agnez picu kemarahan

Penyanyi Agnez Mo yang dahulunya dikenali sebagai Agnes Monica telah memicu kemarahan jutaan rakyat Indonesia apabila dia tidak mengaku sebagai orang Indonesia.

Ketika diwawancara di dalam program BUILD Series di New York, Amerika Syarikat dia berkata, dia adalah berdarah kacukan yang tiadakan kaitan dengan Indonesia dan hanya dilahirkan di negara berkenaan.

Dia juga mengakui beragama Kristian sedangkan majoriti penduduk Indonesia adalah penganut agama Islam.

Melalui akun Instagram-nya, @agnezmo, mempersoal niat orang yang memotong video wawancara tersebut.

“Saya ingin mencuba memasukkan budaya Indonesia ke karya muzik saya, video muzik saya. Meskipun bukan di muzik, tetapi ada di video muzik saya,” kata Agnez dalam wawancara itu.

Dia memberi contoh mengenakan gaun batik di video muzik “As Long As I Got Paid” serta gerakan tari Jaipong di lagu “Overdose”.

“Saya berharap dapat memperkenalkan budaya saya kepada dunia,” lanjut penyanyi bernama lengkap Agnes Monica Moeljoto tersebut.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button