Nasional

Tidak masuk akal kerah tentera kawal pergerakan orang ramai – Anwar

ABSURD atau tidak masuk akal, itu apa yang dikatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan kerajaan mengerahkan tentera mulai Ahad ini untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan di patuhi.

Katanya, dalam situasi sekarang pihak polis masih boleh menangani itu berkenaan.

“Tidak masuk akal untuk mengerahkan tentera ketika mana pihak polis masih boleh mengawalnya,” kata Anwar dalam temubual dengan CNBC.

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pad Ahad untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Ini ekoran masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang gagal mematuhi perintah tersebut yang mana ia menjejaskan usaha membendung wabak itu daripada mereka.

BERITA BERKAITAN:

Anwar turut mengkritik langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangai Covid-19 seperti Perintah Kawalan Pergerakan dan persediaan daripada aspek perubatan.

“Kita tidak boleh tutup kedai, tempat makan dan berkata duduk di rumah. Apa mereka nak makan? Kita bercakap tentang mereka yang bergelut untuk hidup, isu ini perlu diselesaikan.

“Kita bercakap tentang kemudahan perubatan. Adakah kita mempunyai kapasiti? Perkara ini tidak akan berakhir minggu depan? Kita perlu belajar daripada China atau Singapura yang melakukannya dengan agak berkesan,” katanya.

Dalam temubual ringkas itu Anwar menggariskan tiga perkara yang perlu dilakukan iaitu memastikan kemudahan perubatan yang menyeluruh di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Yang kedua katanya, bantuan ekonomi perlu mengambil kira sektor yang miskin dalam masyarakat selain aspek keselamatan.

“Kita masih ada perhimpunan di masjid minggu lepas di sini dan di Indonesia. Kita sepatutnya menghentikannya. Tidak ada asas untuk mengatakan atau mencadangkan ada jawatankuasa fatwa untuk membincangkannya.

“Kita perlu menggunakan sedikit kuasa untuk memastikan kesihatan dan keselamatan negara sentiasa diutamakan. KIta perlu kepimpinan yang berkesan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button