Luar Negara

Dulu larang niqab, kini Perancis denda rakyat tidak tutup muka

PERANCIS merupakan negara Eropah pertama yang melaksanakan larangan ke atas wanita Islam daripada mengenakan pakaian yang menutup muka.

Sejak April 2011, adalah menjadi satu kesalahan untuk mengenakan burqa atau niqab di tempat awam.

Tetapi sekarang Perancis memperkenalkan undan-undang baharu yang mengatakan bahawa jika seseorang tidak menutup muka ketika di tempat awam akan didenda 150 euro.

Malah bulan lalu, pada pertunjukan fesyen Paris, iaitu antara pertunjukan fesyen terkemuka dunia, model menggayakan pelbagai penutup muka yang sama dengan apa yang digunakan oleh perempuan Islam di seluruh dunia.

Pada pertunjukkan fesyen itu pelbagi jenis penutup muka diperagakan oleh model-model antarabangsa termasuk ada yang menutup keseluruhan muka dan kepala.

Ini merupakan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat perkara itu di Perancis yang mana menutup muka dianggap melanggar undang-undang.

Perkara itu mendapat perhatian seluruh dunia terutama di twitter.

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button