Ekonomi

Kamarudin, Tony kembali terajui AirAsia

LEMBAGA Pengarah memutuskan untuk melantik semula Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia.

Hal berkenaan diputuskan apabila sebuah agensi ‘pakar bebas’ mengesahkan mereka bebas daripada kegiatan salah guna kuasa dan rasuah.

Badan tersebut adalah BDO Governance Advisory Sdn. Bhd. dilantik bagi menyiasat dakwaan terhadap eksekutif syarikat penerbangan itu oleh Serious Fraud Office (SFO), United Kingdom (UK).

[BACA] AirAsia: laporan media tentang ‘offset’ tidak tepat – PM — Suara Merdeka

BDO dilaporkan dilantik pada 11 Februari lalu susulan dakwaan SFO terhadap Kamarudin dan Tony berkaitan pembelian 135 pesawat daripada Airbus SE.

Pembelian itu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan tajaan kumpulan Formula Satu, Caterham.

Memetik laporan portal Focus Malaysia, AirAsia memberitahu BDO mengemukakan laporan pada 19 Mac kepada lembaga pengarahnya selepas satu siasatan bebas dalaman dilakukan.

Menurutnya, AirAsia menerima laporan siasatan berkenaan yang menjelaskan pembelian pesawat dan tajaan pasukan Formula Satu itu adalah mematuhi prosedur.

“Proses pembelian pesawat mematuhi prosedur dan harganya menguntungkan AirAsia. Sementara tajaan kepada Caterham juga mematuhi prosedur.

“Tajaan itu dikemuka dan disokong oleh lembaga pengarah AirAsia pada masa itu. Mala, tajaan itu juga mendatangkan faedah kepadanya dan tidak berkaitan dengan sebarang pembelian oleh syarikat,” katanya.

SAHAM Kumpulan AirAsia Berhad meningkat sebanyak 8.65 peratus atau 56 sen selepas tengah hari semalam.

Tambahnya, Kamarudin dan Tony turut memaklumkan kepada lembaga pengarah bahawa mereka tidak mencampuri urusan perbincangan dan keputusan berkaitan tajaan berkenaan.

[BACA] Tony, Kamarudin setuju lepas jawatan dua bulan — Suara Merdeka

Oleh demikian, dengan pelantikan semula Kamarudin dan Tony, kedudukan Bo Lingam sebagai pemangku CEO dibatalkan.

Bo Lingam yang juga merupakan Presiden AirAsia dilantik memangku jawatan CEO pada 5 Februari lalu bagi memberi ruang kepada Tony untuk menumpukan perhatian terhadap dakwaan SFO.

Susulan itu, saham AirAsia dilaporkan meningkat sebanyak 56 sen atau 8.65 peratus selepas tengah hari semalam.

[BACA] Tony Fernandes dan Kamarudin Meranum letak jawatan — Suara Merdeka

Terdahulu Kamarudin dan Tony mengumumkan peletakan jawatan eksekutif masing-masing di dalam syarikat berkenaan dalam tempoh dua bulan.

Keputusan itu berkaitan dengan isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah. – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button