Nasional

Tidak dihalau jika lupa bawa sejadah, warga asing boleh ke masjid

KERAJAAN melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) syarat wajib membawa sejadah sendiri ke masjid untuk melaksanakan solat.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju untuk tidak mewajibkan pengunaan sejadah di masjid.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah tersebut diambil selepas mendengar rayuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya ingin berterima kasih kepada Imam dan Jawatankuasa Masjid kerana tegas dalam memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

“Namun begitu, terdapat keluhan orang ramai yang terlupa membawa sejadah ke masjid dan dihalang untuk menunaikan solat.

“Setelah mendengar rayuan dari YB Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mesyuarat Khas Menteri hari ini bersetuju untuk tidak mewajibkan pengunaan sejadah di masjid,” kata Ismail Sabri.

Bagaimanapun pengunaan sejadah adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka adalah masih lagi diwajibkan.

Menurut Ismail Sabri, Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk membenarkan warganegara asing untuk menjalankan ibadah solat berjemaah di masijd bermula 1 September ini.

Bagaimanapun mereka perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button