Nasional

Murid bawah 12 tahun boleh pakai pelindung muka di sekolah

KANAK-kanak sekolah di bawah umur 12 tahun dibenarkan untuk memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil bagi meringankan beban ibu bapa untuk membeli pelitup muka yang hanya boleh dipakai sekali.

Menurutnya, kos membeli pelitup muka biarpun berharga RM1 sekeping tetap mendatangkan bebanan kepada ibu bapa sekiranya ia perlu ditukar setiap hari.

Pelindung muka yang diperbuat daripada plastik boleh digunakan berkali-kali selepas dibasuh.

“Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk membenarkan pemakaian face shield bagi kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. Walaubagaimanapun, pengunaan pelitup muka adalah digalakkan,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan Polis Diraja Malaysia telah menahan 122 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

Daripada jumlah itu, seramai 2 individu telah direman manakala 2 individu lagi dijamin manakala 118 individu lagi dikenakan kompaun.

Kesalahan termasuk aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (39), aktiviti yang melanggar SOP (28), aktiviti dalam pub atau kelab malam (25), gagal mematuhi arahan kuarantin (1), melanggar sekatan jalan raya (2) premis beroperasi lebih masa (4) dan tidak memakai pelitup muka (23).-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button