Politik

2, 3 tahun strategi PH untuk menang PRU-15 jika masih memerintah

PAKATAN Harapan (PH) dikatakan mempunyai strategi berfasa melibatkan dasar negara bagi memastikan terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimnapun perancangan tersebut dikatakan men-kompromi kepentingan umum selama dua tahun pertama pemerintahannya selepas memenangi PRU ke-14 (PRU-14).

Dalam tempoh tersebut, antara yang didakwa dilakukan oleh kerajaan PH adalah memansuhkan beberapa subsidi dengan propaganda negara terlalu banyak hutang.

“Tahun pertama dan kedua, subsidi dan bantuan dikurangkan. Rakyat disuruh ikat perut, berkorban dan bantu kerajaan kerana kononnya negara sudah bankrap di bawah BN dan Najib.

“Rakyat perlu tolong bayar hutang negara kononnya RM1 trilion ditinggalkan BN dan Najib padahal hutang negara tak pernah dikurangkan PH.

BACA > Penghuni Rumah Teduh ceria sambut keberangkatan Raja Muda Perlis – Suara Merdeka

“Malah, kerajaan PH naikkan hutang negara sebanyak RM140 bilion iaitu pada kadar paling laju dalam sejarah.

“Jauh lagi laju berbanding masa saya PM (Perdana Menteri).”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas anggota Kabinet PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu dikatakan mengesahkan strategi berfasa PH untuk kekal memerintah selepas PRU-15 dalam satu program dalam talian semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pekan lagi, Syed Saddiq dikatakan mendedahkan fasa kedua PH yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.

BACA > Fahmi Reza dikritik persenda Ketua Pengarah Kesihatan – Suara Merdeka

Katanya dalam tempoh tersebut, sasarannya adalah untuk membiarkan rakyat melihat PH sebagai penyelamat negara dengan mengembalikan semula beberapa kemudahan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Lalu negara dikatakan akan “diselamatkan” oleh PH dalam masa 3 tahun.

“Sebab sudah “diselamatkan” PH maka bantuan dan subsidi boleh lah dipulihkan dan dinaikkan semula.

“Dan sebab PH dah “selamatkan Malaysia” maka Rakyat akan undi mereka sekali lagi pada PRU15.

“Ini bermaksud Rakyat sengaja ditipu, disusahkan, ditekan dan dikorbankan PH selama dua tahun,” jelasnya.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157309929785952/?type=3&theater

Najib Razak bagaimanapun menempelak tindakan PH yang ingin melaksanakan strategi sedemikian semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

BACA > Perolehan projek rundingan terus PH 1.4 peratus – Guan Eng – Suara Merdeka

Menurutnya tindakan sedemikian adalah zalim dan khianat kerana menyebabkan rakyat berada dalam kesukaran dalam tempoh yang lama.

“Dia (Syed Saddiq) kata dari awal-awal lagi, kerajaan PH telah merancang untuk memansuhkan dan mengurangkan subsidi serta bantuan dalam tempoh dua tahun pertama.

“Sebelum membukanya bagi tiga tahun berikutnya (penggal pemerintahan).

“Maksudnya kerajaan memang mampu mengekalkan bantuan kepada rakyat tetapi sengaja diturunkan dan dimansuhkan untuk dua tahun pertama pemerintahan PH.

“Saya dah lama syaki wujudnya perancangan ini sebab saya dah lama jaga kewangan negara dan saya faham kemampuan serta keadaan kewangan kerajaan.

“Akhirnya, Syed Saddiq mengesahkannya selepas gagalkrasi PH tumbang.

“Hanya orang berhati hitam yang paling jahat mampu hasilkan strategi zalim seperti ini.

BACA > Sudah sampai masanya politik tidak dimonopoli orang tua yang sama – Suara Merdeka

“Siapa yang bertanggung jawab untuk menghasilkan strategi politik yang sengaja menipu dan menderitakan puluhan juta Rakyat ini perlu dijahanamkan buat selama-lamanya,” tegasnya. – SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button