Politik

Tidak Ada Yang Akan Ketinggalan Jika PN Jadi Kerajaan – Ahmad Humaizi Udin

Calon Perikatan Nasional DUN N05 Tenang, Ahmad Humaizi Udin menegaskan tidak kira bangsa atau agama, yang muda dan tua, Insyaallah tidak ketinggalan jika Perikatan Nasional menjadi Kerajaan.

“Saya memulakan kempen hari ini bermula di dengan sarapan di Paya Merah dan Walkabout di beberapan tempat di Pekan Labis.

Seterusnya, bergerak ke PDM Tenang Station untuk menyantuni penduduk di sana. Istimewanya di sini, Timbalan Menteri Perpaduan YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bersama saya dalam menjalankan kempen saya di sini. Terima Kasih YB,” tulisnya.

Seharian Ahmad Humaizi Undi di sini sehingga malam hari dengan menyambung perjalanan saya ke PDM Ladang Bukit Dato dan menyantuni Penduduk Estet di sana.

Pasar Lambak pada setiap rabu adalah antara pasar yang menjadi tumpuan di sini, saya sempat juga menyantuni pengunjung disana.

Tidak ketinggalan berjumpa sahabat lama saya Datuk Ayub Rahmat,Kekal bertenaga dalam dunia politik. Pada malam hari aktiviti ceramah di teruskan di PDM Tenang Station.

Alhamdulillah, sokongan dari 3 bangsa di sana cukup baik.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button