BeritaUncategorized

Tiada unsur mistik terhadap kanak-kanak yang memandu kereta

Baru-baru ini telah tular perbualan kanak-kanak tersebut bersama seorang wanita mengatakan ada seorang atuk badan berbulu yang memandu kereta tersebut.

Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah tersebut namun pihak polis menolak unsur mistik

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menolak dakwaan unsur mistik yang mendorong kanak-kanak itu memandu atau membantu dia memandu.

Kanak-kanak berusia enam tahun memandu kereta

“Berdasarkan siasatan, didapati kanak-kanak itu juga mengetahui fungsi pedal minyak dan gear automatik, selain memiliki keyakinan dan menunjukkan bagaimana cara untuk turunkan brek tangan.

“Pemeriksaan terhadap rakaman kamera papan pemuka atau dashcam kenderaan menunjukkan pemanduannya tidak stabil, kadang kala memasuki lorong bertentangan dan ada ketika ke kiri dan ke kanan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahan beliau kanak-kanak lelaki itu mampu menunjukkan cara pemanduan dan menerangkan fungsi gear D dan R kepada pegawai penyiasat.

Terdahulu, seorang budak lelaki berusia enam yahun mengejutkan orang ramai apabila memandu kereta dan membawa adik yang berusia tiga tahun untuk pergi ke sebuah kedai di Langkawi kemalangan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengankutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button