Belang BertempatPolitik

Tiada ucap tahniah hanya kecaman buat Noraini

DARIPADA puluhan menteri kabinet yang diumumkan semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad paling dikecam oleh netizen atas pelantikan semula beliau ke jawatan berkenaan.

Umum mengetahui tujuan utama beliau meletakkan jawatan tempoh hari adalah jelas kerana mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Noraini walaupun di hadapan Muhyiddin dan para menteri kabinet sebelum ini menyatakan tidak akan meletakkan jawatan, akhirnya perkara sebaliknya dilakukan.

Selain Ketua Wanita UMNO itu, terdapat seorang lagi menteri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan.

Bezanya Shamsul Anuar tidak dimasukkan semula ke dalam kabinet, tetapi Noraini bernasib baik kerana selain mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, tetapi juga merupakan ketua wanita.

Netizen berpandangan Noraini ibarat menjilat ludah sendiri.

Dari segi prestasi Noraini tidaklah berapa cemerlang, banyak keputusannya telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar, terutama ketika proses pembukaan semester pembelajaran semasa PKP dilaksanakan.

Dek kerana sikap tidak prihatin beliau membuat pengumum bahawa universiti tidak dibenarkan mendaftar masuk ke kampus, sedangkan ramai ibu bapa dan pelajar telah berada di kampus.

Ada yang menaiki bas sedang dalam perjalanan ke kampus ketika pengumuman itu dibuat. Ramai ibu bapa telah berbelanja ratusan ringgit ketika situasi sukar ini untuk menghantar anak ke kampus, tetapi terpaksa pulang hampa kerana pengumuman mengejut Noraini untuk terus menutup semua kampus universiti.

Netizen juga mendakwa Noraini tempoh meletakkan jawatan lebih kepada kepentingan peribadi kerana bimbang tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang jika tidak mematuhi kehendak presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan semula ahli parlimen UMNO menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mungkin Noraini selepas ini perlu lebih tegas dan berprinsip bukan ibarat lalang yang condong mengikut angin dalam berpolitik.

Dalam hal kementerian pula, beliau perlu benar-benar memahami skop kerja yang ditanggung dan tidak lagi membuat keputusan terburu-buru dan separuh masak kerana ia menimbulkan kemarahan masyarakat yang akhirnya kesannya jatuh kepada kerajaan keseluruhannya.

Mungkin beliau perlu lebih serius dalam memikul tanggungjawab dan tidak lagi dicap sebagai menteri yang gemar main Tik Tok.

Kerajaan hari ini bukan seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai majoriti dua pertiga, tetapi sebuah kerajaan yang rapuh dengan sokongan tipis.

Masyarakat juga tidak segan silu untuk menegur dan Noraini pula tidak perlu koyak membaca komen di facebook kementeriannya, sebaliknya perlu memperbaiki diri beliau jika mahu terus relevan dalam dunia politik.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button