Rencah Hidup

Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali  Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.40 pagi tadi.
Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras.
Allahyarham, merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berusia 82 tahun.
Ahmad Sarji yang dilahirkan pada 16 Sept 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM pertama yang dilantik pada 1992, sehingga disandang pula oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Sept 2015.
Pada 4 Februari 2019, Ahmad Sarji dilantik semula sebagai Pengerusi IKIM sehingga kini.-SM
(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button