Nasional

Tiada swab test dari rumah ke rumah dilakukan

TIADA swab test (ujian calitan Covid-19) dilakukan dari rumah ke rumah kecuali di kawasan yang dikelilingi kawat duri iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penipuan oleh mereka yang menyamar sebagai petugas kesihatan mahu melakukan ujian itu di rumah mereka.

“KKM tidak melakukan ujian calitan dari rumah ke rumah, kecuali di kawasan PKPD yang diletakkan kawat duri di sekeliling kawasan itu.

“Saya ada bercakap dengan KKM dan hasil pemeriksaan nombor pendaftaran van KKM dalam gambar yang tular ketika ini mendapati ia adalah nombor pendaftaran kereta Myvi,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya.

Menurut Ismail Sabri, orang ramai diminta untuk berhubung dengan pihak berkuasa terlebih dahulu jika terjumpa dengan kumpulan yang disyaki cuba menipu itu.

Tambahnya, kumpulan yang menyamar ini berkemungkinan boleh bertindak melakukan aktiviti jenayah seperti rompakan dan sebagainya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button