fbpx
Nasional

Prasekolah, tabika dibuka bermula 1 Julai – Ismail Sabri

SEMUA prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata cadangan pembukaan semula institusi terbabit berserta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan telah dibentangkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada mesyuarat khas hari ini.

Katanya keputusan itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM, 7,887 prasekolah swasta, 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 tabika kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

SOP terperinci mengenai pembukaan semula institusi itu akan diumumkan KPM dalam masa terdekat, katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP), di sini hari ini. – BERNAMA


Show More

Related Articles

Back to top button