Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sebarang rancangan untuk membuka kasino di Forest City, Johor.
“Tidak benar, tidak benar. Lesen kasino… Itu satu pembohongan,” katanya kepada pemberita sambil menghulurkan tangan menmbuat tanda X.
Beliau ditanya sama ada benar Malaysia sedang mempertimbangkan lesen kasino kedua untuk pembangunan Forest City Johor.
Bloomberg melaporkan awal hari ini bahawa Anwar bertemu pengasas Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting minggu lepas untuk membincangkan perkara itu.