Nasional

Tertekan pedal minyak, dua wanita bersama bayi dirempuh

SEORANG lelaki ditahan polis selepas melanggar dua orang wanita bersama seorang bayi yang sedang berjalan kaki di Hospital Thomson, Kota Damansara, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian belaku kira-kira pukul 5.46 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang memandu kereta jenis Toyota yang sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan gagal mengawal kenderaannya.

“Dia mendakwa telah tertekan pedal minyak sejurus ternampak anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Animal Malaysia tawar RM10,000 tangkap pembakar kucing hidup

Menurut Nik Ezanee, susulan kejadian, suspek telah terbabas dan melanggar tiga buah kereta lain.

Jelasnya, suspek turut melanggar dua wanita berusia 30 dan 30 tahun yang sedang berjalan kaki bersama bayi yang baru berusia sehari di tempat mengambil dan menurunkan penumpang.

“Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon merah dan wad kecemasan 2 hospital tersebut.

“Manakala keempat-empat kereta mengalami pelbagai kerosakan,” ujarnya.

BACA> Cerita yang tiada kesudahan…

Nik Ezanee memberitahu, ujian saringan air kencing dan alkohol juga mendapati mangsa negatif daripada sebarang elemen memabukkan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangjutan Jalan (APJ) 1987 kerana memadu secara melulu dan merbahaya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button