Nasional

Terkurung dalam bilik air: Remaja pasrah mati remput

KISAH seorang wanita terperangkap di dalam bilik air hotel semasa kuarantin Covid-19 menjadi viral semalam.
Cerita itu dikongsi oleh Atieqah Roslan melalui twitternya.
Menurut Atieqah kisah bermula apabila dia masuk mandi pada pukul 10 malam selepas menonton drama bersiri Kampung People.
Selesai mandi pintu tandas tidak dapat dibuka dan dia melakukan pelbagai ikhtiar termasuk merempuh dan mengumpil pintu sehingga luka-luka tangan.
Lebih memburukkan keadaan tandas itu tidak mempunyai tingkap. Jeritannya meminta tolong dan ketukan pada dinding dan pintu gagal menarik perhatian orang lain.
Kebetulan pula dia masuk ke tandas tanpa membawa telefon bimbit.
“Saya sudah perasan kunci pintu berkenaan ada masalah kerana telah tersangkut dan berjaya membukanya selepas 10 minit,” katanya.
Dia terjumpa besi di bawah sinki, tetapi membatalkan untuk mengumpil pintu kerana bimbang nanti perlu membayar ganti rugi.
Dia juga cuba memanjat siling, tetapi keadaan gelap dan menjadi seram ketika itu dia terdengar televisyen telah menyiarkan berita tengah malam.
Akhirnya dia reda dan tidur di dalam tandas dan berharap besok ketika petugas barisan hadapan membawa sarapan, dia akan menjerit meminta tolong dan mereka akan membuka pintu.
“So, tidur dalam toilet la malam semalam. Duduk atas mangkuk tandas, kepala letak dekat atas pam tandas. Alas kepala dengan tuala. Tidur macam duduk atas kerusi time exam. Cramp kaki tengkuk semua
tapi tak boleh nak lelap mata pun,” katanya.
Bila terfikir ujian swap seterusnya adalah sembilan hari lagi dia mula terfikir akan mati sia-sia di dalam tandas.
Dah la mati perlahan-lahan, sengsara kelaparan sampai saat akhir.
“Lepas itu mereput sebab di dalam tandas lembab dan bila dah jumpa sudah tidak rupa manusia,” katanya.
Sampai satu ketika dimemikirkan untuk membunuh diri saja daripada mati menderita.
Atieqah berkata, dia juga berdoa supaya ujian Covid-19 dilaluinya positif dan dengan itu petugas akan mencari dia.
Setelah berbelas jam di dalam tandas dia hanya minum air paip dan dia cuba memanjat syiling tetapi akhirnya menemui jalan buntu kerana terhalang oleh tembok dan terpaksa turun kembali ke dalam tandas.
Bagi mengelakkan daripada terkena tekanan perasaan di tidur semula juga bagi menjimatkan tenaga.
Akhirnya dia mengambil keputusan mengumpil frame pintu dan akhirnya keajaiban berlaku bila tiba-tiba petugas barisan hadapan membuka pintu tandas.
“Saya menangis, tapi suara sudah serak kerana menjerit sepanjang hari dan ketika itu sudah pukul 7 malam,” katanya.
Petugas barisan hadapan memberitahu mereka masuk ke dalam bilik selepas mendapati makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan malam tidak bersentuh.
Selain itu bunga yang dihantar oleh seseorang juga tidak diambil.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button