Nasional

Jalan Raja Laut 1 kini dikenali Jalan Palestin

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut 1 kini dikenali sebagai Jalan Palestin.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, cadangan untuk menukar nama jalan itu tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lepas.

“Kementerian Wilayah Persekutuan memohon kepada DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

“Menamakan Jalan Palestin itu sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur ditetapkan sepertimana penamaan jalan-jalan lain. – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button