Politik

Terima kasih Tun…

MUNGKIN ramai yang marah dengan Tun pada masa ini, khususnya mereka yang berada di armada PH.

Bagi saya apa yang dibuat oleh Tun sangat luar biasa dan sangat bermakna kepada umat Islam, orang Melayu dan watan ini keseluruhannya.

Memang sukar untuk memahami apa yang difikirkan oleh Tun sebagai insan yang sangat luar biasa.

Tun sebenarnya anugerah Sang Pencipta kepada negara ini dan melakukan sesuatu bukan untuk dia disukai atau dikenang.

Tun membakar diri sendiri demi menyatukan umat Melayu dan Islam yang berada di ambang perpecahan yang teruk dan negara semakin terjerumus ke dalam jurang yang kehancuran.

Tun sedar beliau tidak akan dapat membetulkan kerajaan songsang yang terlalu taksub dengan parti dan ketua masing-masing.

Sangat sukar untuk Tun menggerakkan barisan kabinet yang tidak berpengalaman ini untuk senada dalam banyak hal-hal penting demikian kepentingan negara.

Tugas selama 22 bulan menjadi nakhoda PH pastinya lebih sukar berbanding menerajui kerajaan BN selama 22 tahun.

Pemimpin PH lebih memilih untuk bercakaran sesama-sendiri demi mendominasi kerajaan dan memuaskan hati penyokong masing-masing.

Tun bukan seorang pemimpin yang akan berdiri dan mengisytiharkan diri sebagai jagoan, tetapi dia bertindak dengan tepat pada masa dan situasi.

Apabila Tun meletak jawatan, Bersatu keluar PH, maka terbubarlah kerajaan yang memerintah selama 22 bulan negara ini dengan penuh dendam dan kesombongan.

Walaupun kerajaan baharu telah dibentuk hasil gabungan ulama dan politikus yang matang, tetapi Tun tetap berada di dalam PH.

Saya jangka kerana Tun mahu membimbing PH kembali sebagai pembangkang yang lebih bijak dan bukan standard jalanan yang berlaku sebelum ini.

Kini PH perlu buktikan mereka pembangkang telah matang dan bersedia untuk kembali memerintah dan begitu juga kerajaan baharu perlu buktikan mereka ada wajar diberi kepercayaan oleh rakyat.

Sekitar tiga tahun dari sekarang jika diadakan pilihan raya, maka bertandinglah secara sihat dan biar rakyat buat pilihan.

Walaupun agak sedih membayang Tun tiada di pejabat perdana menteri, menguruskan negara tetapi terima kasih Tun di atas segala yang telah dilakukan.- SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button