pilihanRencah Hidup

Terbeban hutang enam angka, wanita ini bangkit untuk ubah kehidupan

BEBANAN hutang hingga enam angka tidak menghalang pengasas jenama Faith Fleur dan juga Leaf, Siti Mariam Abdul Samad dan suami, Mohamad Abdul Halim Bahadorisam untuk bangkit dan berjaya mengubah kehidupan mereka.

Menurut Siti Mariam yang juga pemilik Ctymary Resources Sdn. Bhd., perubahan tersebut tidak hadir begitu sahaja sebaliknya memerlukan kesungguhan berterusan menuruti ilmu dan strategi yang terbukti berkesan.

Siti Mariam memaklumkan, tanpa ilmu dan bimbingan mentor usahawan, Datuk Dr. Azizan Osman, mungkin beliau masih belum berada pada tahap mencapai jualan jutaan ringgit setahun.

“Saya bersyukur kerana bukan saja dapat mengubah kehidupan keluarga sendiri malah ribuan orang terdiri daripada suri rumah, pekerja awam mahupun swasta, graduan yang menjadi ejen Faith Fleur mampu menjana pendapatan.

“Dalam Faith Fleur yang memasuki tahun kelima, kami sudah melahirkan beberapa usahawan mencapai jualan jualan lebih RM1 juta setahun dan ramai lagi yang bakal menyusul, Insya-Allah” katanya dalam program Jerayawara Jutawan Wanita.

Jerayawara Jutawan Wanita bersempena program Wanita Bangkit Berniaga juga menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun; Pengarah Eksekutif RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Hasnita Ahmad serta Pengasas Bersama Faith Fleur, Mohamad Abdul Halim.

Wanita Bangkit Berniaga merupakan kolaborasi strategik bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dilancarkan pada 21 Oktober lalu oleh Rina akan diadakan pada 26 hingga 28 November menyediakan peluang bagi golongan wanita di negara dibimbing malah mulakan perniagaan.

Tambah Siti Mariam, jika beliau dan suaminya mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dan dapat selesaikan bebanan hutang yang tinggi, tidak mustahil juga bagi anggota masyarakat di luar sana.

Dalam pada itu, Rina memberitahu, beliau sangat teruja melihat usahawan jutawan seperti Siti Mariam dan pasangannya yang berjaya bangkit mengubah bukan saja kehidupan sendiri malah ramai keluarga lain.

“Sumbangan mereka bukannya kecil, sebaliknya begitu signifikan kepada institusi kekeluargaan di negara dengan memberikan peluang pekerjaan di samping menjana pendapatan sebagai seorang usahawan.

“Mereka ini boleh dijadikan sebagai ikutan dan inspirasi kepada orang ramai terutama golongan wanita yang mahu bangkit dan ubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web wanitabangkitberniaga.com. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button