Luar Negara

Tentara Somalia dakwa bunuh 25 militan Shahab

TENTERA Kebangsaan Somalia (SNA) berkata pada hari Isnin bahawa pasukan elitnya membunuh 25 militan Shabab dan mencederakan beberapa yang lain dalam pertempuran sengit pada hari Ahad di wilayah selatan Lower Shabelle.

Komander SNA unit Gorgor (The Eagles), Abdullahi Nageye memberitahu agensi berita rasmi Somalia SONNA bahawa tentera bertindak berdasarkan risikan bahawa militan sedang berkumpul semula di kawasan antara lokasi Tawakal dan Barire untuk menyerang pangkalan tentera.

“Pasukan kami menjalankan operasi terancang di lokasi Barire di wilayah Lower Shabelle pada petang Ahad,” kata Nageye sambil menambah tiada kemalangan jiwa ditemui di bahagian SNA.

Tiada sebarang komen daripada al-Shabab mengenai laporan SONNA mengenai serangan tentera terbaru di Lower Shabelle.

Al-Shabab, yang memerangi kerajaan yang disokong antarabangsa, telah dihalau keluar dari kubu kuat utama di Somalia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi berjaya melancarkan serangan di seluruh negara. – Xinhua

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button