Luar Negara

Isteri simbah asid kepada suami curang

SAKIT hati kerana suami curang seorang wanita nekad menyimbah air campuran cuka dan asid ke muka lelaki itu hingga mangsa mengalami cacat kekal.

Memetik Tribunnews, suspek bernama Fitriyani, 41, dilaporkan melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Gudang Pupuk Dusun Lingga Kuamang, Kabupaten Bungo,Jambi.

Berdasarkan laporan polis, wanita itu marah selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain dan merancang perbuatan itu dengan niat.

Ketika disoal siasat polis, suspek mengaku dia tidak sanggup menanggung rasa sakit hati kerana dicurangi dan tidak menyesal menyimbah campuran cecair itu ke muka suaminya.

“Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa mengalami kesan melecur  serius di bahagian mata dan wajahnya,” kata Ketua Polis Kabupaten Bungo, Asisten Komisioner Besar, Guntur Saputro.


(Visited 119 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button