Ekonomi

Tengku Zafrul tidak tahu OPR naik lagi!

MENTERI Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak mengetahui sama ada kadar dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan lagi memandangkan keputusan itu hanya ditentukan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara (BNM).

“Seperti negara-negara lain, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan menentukan OPR.

“Jadi, secara jujur saya tidak tahu dakwaan sekiranya OPR akan naik lagi,” katanya menurut laporan Harian Metro, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, terdapat salah anggap kenaikan OPR yang didakwa mengkayakan pihak bank.

“Apabila OPR naik, bank juga kena bayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, OPR negara masih rendah berbanding negara lain yang naik sehingga lebih 200 mata asas.

Menurut Tengku Zafrul lagi, ini berbeza dengan OPR negara yang pada tahap 2.5% dengan BNM menaikkan 75 mata asas, sejak Januari lalu.

“Adakah ini tinggi? Saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9% dan suku kedua adalah 8.9%.

“Harus diingati OPR negara sebelum pandemik Covid-19 adalah sekurang-kurangnya 3% sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif.

“Apabila OPR naik, bank juga kena bayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, OPR negara masih rendah berbanding negara lain yang naik sehingga lebih 200 mata asas.

Menurutnya, ini berbeza dengan OPR negara yang pada tahap 2.5% dengan BNM menaikkan 75 mata asas, sejak Januari lalu.

“Adakah ini tinggi? Saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9% dan suku kedua adalah 8.9%.

“Harus diingati OPR negara sebelum pandemik Covid-19 adalah sekurang-kurangnya 3% sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif,” katanya. – SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button