Nasional

Telco, kongsilah keuntungan dengan rakyat – Shahril

SYARIKAT penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) digesa membantu rakyat dalam berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Coronavirus (Covid-19).

Gesaan itu dibuat agar pihak swasta melahirkan inisiatif bagi menyokong kerajaan melaksanakan perintah berkenaan.

Selain itu, inisiatif itu juga dilihat dapat membantu produktiviti rakyat Malaysia yang bekerja dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, telco wajar dan mampu berbuat demikian berdasarkan keunutungan tinggi diperoleh setiap tahun.

[BACA] Covid-19: 15 sembuh, 110 kes baharu hari ini — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Mungkinkah terpaksa guna askar? — Suara Merdeka

“Amat bersetuju dengan saranan Shahrul Fadhel agar syarikat telco berkorban sedikit keuntungan mereka membantu rakyat Malaysia tatkala Perintah Kawalan Pergerakan Covid19.

“Berikan data percuma. Ramai yang perlu kerja dari rumah, bukannya mereka duduk goyang kaki semata-mata,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Jelas beliau, syarikat telco negara ini memperoleh keuntungan tinggi setiap tahun dan mampu untuk berkongsi dengan rakyat menerusi pemberian data percuma.

[BACA] Covid-19: China tunai janji hantar bantuan kepada Malaysia — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Pusat Zakat buatlah sesuatu… — Suara Merdeka

Katanya, keuntungan yang diperoleh juga jauh lebih tinggi berbanding telco negara lain terutama Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

“Di negara maju seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), marjin keuntungan mereka lazimnya 20 peratus.

“Berbanding Malaysia, marjin keuntungan telco adalah 50 peratus,” jelasnya.

Shahril juga kelihatan jelek dengan pemain-pemain sektor swasta khususnya telco yang kerap memberi alasan ‘syarikat tidak mampu’ apabila mempersoal pendapatan pekerja mereka.

“Lazimnya bila bercakap soal pendapatan rakyat, naikkan gaji atau apa-apa sahaya yang memberi kos kepada sektor swasta, hujah balas adalah ‘ini adalah pasaran bebas, syarikat tidak mampu’ dan sebagainya.

[BACA] Konsert Stereophonics di Cardiff-satu kebodohan yang tidak patut dimaafkan — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Rombak pelan tindak balas bencana negara — Suara Merdeka

“Hakikatnya, banyak syarikat besar yang mampu. Soalnya, nak atau tak nak buat sahaja. Ini bukan ketika yang biasa – ini senario luar biasa,” ujarnya.

Kenyataan beliau disambut baik bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, ia merupakan cadangan yang baik.

“Saudara Shahril Hamdan ini baru dilantik Ketua Penerangan UMNO. Syabas. Satu saranan yang baik,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button