Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan rakaman perbualan telefon antara bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, yang dikatakan berlaku pada 27 Julai 2016.
Menurut SPRM, rakaman itu, beserta beberapa rakaman lain, diterima daripada sumber tidak dikenali dan telah disahkan tulen. Ujian forensik menunjukkan tiada ubah suai terhadap rakaman itu, kata SPRM lagi.
Pegawai Najib yang dinamakan Rosmah adalah bekas pegawai khas Amhari Efendi Nazaruddin, bekas setiausaha akhbar Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dan bekas setiausaha politik Shahlan Ismail.
Turut disebut dalam perbualan ialah anak Rosmah, Riza Aziz, Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohammed Zayed Al Nahyan, bekas pengerusi International Petroleum Investment Company (IPIC) Mansour Zayed al Nahyan dan individu yang rapat dengan kerabat diraja UAE, Khaldoon Al Mubarak.
Berikut ialah teks penuh perbualan antara Najib dan Rosmah:
Najib: Ya?
Rosmah: Hai
Najib: Hai
Rosmah: Apa cerita? Boleh saya nasihatkan awak? Boleh saya nasihatkan awak tentang sesuatu (tinggikan suara)?
Najib: Sebentar… Ya, ada apa-apa?
Rosmah: Awak, jangan. Dengar cakap saya, mereka beritahu awak untuk jaga (slow down) Abu Kassim. Dan Abu Kassim buat kenyataan di merata-rata tempat (tak jelas), ambil gambar dengan Pak Lah apa semua.
Mereka buatnya, jadikannya seperti wira, dan awak pula jadi penjahat. Dan semua lima orang ini, bolehkah mereka lihat keutamaan mereka adalah awak, bukan orang lain?
Najib: Siapa mereka?
Rosmah: Pejabat awaklah. Shahlan dah yakin, Tengku dah yakin, Amhari dah yakin. Macam kita dah jadi penjahat.
Najib: Tidak, tidak, tidak, saya benarkan Azwan membuat kenyataan, kesannya dah bagus dah.
Rosmah: Tidak, Azwan okey. Hari ini Abu Kassim di Berita Harian dan mereka benarkan Abu Kassim ambil gambar dengan Pak Lah.
Dan ada muka dia nak bercakap tentang Pak Lah dan semua orang lain kecuali awak. Ini tidak adil.
Najib: Hmm, hmm.
Rosmah: Tolonglah, darling.
Najib: Tidak, saya sudah tandatangani surat pelantikan Dzul.
Rosmah: Dan Abu Zahar boleh buat kenyataan, oh, mesti (tak jelas) sebab mereka dah melobi, tahu? Mereka tahu mereka dah melobi.
Najib: Abu Zahar jangan buat kenyataan, biarlah.
Rosmah: Ya, tapi Abu Zahar dalam Berita Harian. Dia tahu ke dia cakap apa?
Najib: Itulah dia. Okey, okey.
Rosmah: Saya tak suka ni. Darling, awak PM, awak patut kawal, bukan orang lain.
Najib: Ya. Saya faham.
Rosmah: Dan awak ada orang-orang bodoh (goons) di sekeliling awak untuk nasihatkan awak. Sebab saya beritahu Shahlan, kalau nak tolong, kenapa tak tolong minggu lepas bila benda itu terjadi? Kamu (Shahlan) sepatutnya datang pada saya ‘Datin, bagaimana saya boleh bantu?’ (tak jelas) Lepas satu minggu, saya kata, kamu tak patut cakap (tak jelas).
Saya tak faham.
Sebab ada orang buat aduan ke atas Abu Kassim, dia dalam masalah, oh baru kamu nak datang nak bercakap. Kenapa kamu tak cakap seminggu sebelum tu?
Najib: Hmm hmm…
Rosmah: Yang kita ni dah satu minggu sakit hati, sakit badan, sakit kepala.
Najib: Hmm hmm…
Rosmah: Hmm…
Najib: Hmm…
Rosmah: Jadi saya dah beritahu Amhari, perkara ni tak susah pun. Tarik sajalah arbitration (timbang tara) (tak jelas).
Mereka perlu percayakan kita sebagaimana kita percayakan mereka.
Najib: Betul. Sebab tu Amhari beritahu saya. Saya kata, kamu pergi cakap dengan Khaldoon, cuba yakinkan dia. Tak guna buat arbitration. Saya kata, kamu buat arbitration, semua orang sakit. Nampak? Saya boleh cakap dengan putera mahkota. Putera mahkota (tak jelas) akan ulang cakap “Oh, saya kena runding dengan Khaldoon”. Balik pada kat situ.
Rosmah: Awak tak boleh salahkan dia, itu budaya dia. Jadi kita kena buat kerja sekitar budaya itu.
Mungkin Khaldoon patut datang sini dan bercakap dengan awak, dengan Amhari, untuk selesaikannya.
Itu apa saya rasa, bukan setakat bercakap di telefon, tak jadi.
Najib: Kita boleh jemput dia. Ya, sudah tentu.
Rosmah: Jemput dia dan selesaikan semuanya sekaligus. Dia kenal kita, bukan tak kenal kita.
Kau dah makan minum rumah kita semua. Tolonglah jemput dia.
Najib: Itu idea yang bagus, kita boleh jemput dia ke sini. Sudah tentu, saya akan beritahu dia.
Rosmah: Awak dan Amhari, duduk untuk selesaikannya (tak jelas).
Dan sementara tu, kita boleh selesaikan Riza. Riza punya masalah, bukan payah. Masalahnya hanyalah, ada benda dalam proses tu (along the line) yang tak lengkap. Itu saja.
Najib: Sudah tentu. Sudah tentu.
Rosmah: Saya fikir jalan terbaik adalah beritahu Khaldoon. Dia boleh bawa peguam dia datang sini. Saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan.
Berbanding Amhari cakap dengan dia dekat LA, dia nak tunggu siang, tunggu malam. Awak tahu?
Najib: Saya boleh cadangkan kepada Amhari, jemput dia ke sini.
Rosmah: Kemudian kita beritahu putera mahkota, Khaldoon ada di sini bercakap dengan kami, untuk selesaikan semuanya sekaligus. Kita dah bazirkan satu minggu dah.
Najib: Ya, ya. Kita boleh jemput dia ke sini. Tak bazir, banyak benda dah bergerak dah.
Mereka ni, dia nak tengok ada pergerakan di belah sana, belah China. Belah China sudah bergerak, tahu?
Rosmah: Itulah sebabnya, darling, tak banyak benda boleh kita cakapkan di telefon.
Najib: Kita boleh jemput dia ke sini.
Rosmah: Jemput dia ke sini segera, kemudian kita boleh beritahu putera mahkota, beritahu dia yang Khaldoon datang sini kita selesaikan (tak jelas).
Saya tahu dan pasti Sheikh Mansour mahu selesaikan ini (tak jelas). Saya tahu putera mahkota mahu selesaikan ini
Tapi mereka bukanlah jenis orang yang duduk dan bercakap dengan awak, tahu?
Najib: Hmm.. Ok. Kita boleh buat itu.
Rosmah: Dia (tak jelas) ada duit saja.
Najib: Saya akan cakap dengan Amhari selepas ini, saya akan beritahu dia untuk jemput Khaldoon.
Rosmah: Atau awak cakap dengan Khaldoon. Tak apalah, darling, kita tak payah nak (tak jelas).
Selesaikan perkara ini. Tolonglah datang sini, selesaikan semuanya sekaligus (tak jelas).
Ini siang tunggu malam, malam tunggu siang, kamu tahu? Siang ke malam, ada senggang 24 jam.
Najib: Ok, ok.
Rosmah: Please darling.
Najib: Saya akan cakap dengan Amhari.