Hiburan

Teater Madu 3 Madu tampil kelainan pementasan di Hotel dihidang makanan!

BUAT julung-julung kalinya, teater akan dipentaskan di hotel bersama hidangan makanan untuk penonton. Ini merupakan satu pengalaman baharu buat pengikut teater Madu 3 Madu yang bakal dipentaskan pada 3 sehingga 5 Mac 2023 di Grand Barakah Hotel, Ampang, pukul 8.30 malam.

Pementasan teater ini berdasarkan filem Madu Tiga (1964) arahan dan lakonan Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Bagaimanapun, untuk pementasan ini ia akan dimodenkan dan diolah semula mengikut kesesuaian pementasan dan isu semasa yang sedang hangat.

Menurut pengarah Teater Madu 3 Madu, Amran Nasruddin yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri teater dan seni lakon tanah air, beliau dipelawa oleh pengurus besar Hotel Grand Barakah untuk membuat pementasan di hotel tersebut.

“Idea untuk membuat pementasan ini adalah main-main sahaja namun pada pendapat kami apa salahnya menaikkan semula karya P.Ramlee. Kerana itu tercetusnya skrip Madu 3 Madu.

“Saya juga mendapat kebenaran dari Produkti Shaw Brother  Singapura untuk memetaskan naskah ini dan dalam masa yang sama, kami akan membuat kutipan sumbangan untuk keluarga P.Ramlee,” katanya semasa sesi sidang media.

 

 

Bagi Najua Ramlee pula dia sangat teruja untuk berlakon teater sebagai watak Latifah sebagai isteri pertama dalam karya dari Datuknya.

“Saya sangat seronok dapat peluang terlibat dalam teater ini, walaupun saya sudah lama berkecimpung dalam industri ini namun ini adalah kali pertama saya bersama dengan veteran dan ia sangat mencabar bagi saya, kerana mereka sudah lama dalam industri,” katanya.

Barisan Pelakon yang terajui teater ini Musly Ramlee (Jamil), Najua Nasir P.Ramlee (Latipah), Keena Mentor (Hasnah) dan Melissa Kelvin (Rohani). Turut menggamit suasana adalah Imuda, Abon, Mat Over, Mubarak Majid dan akan diserikan dengan nyanyian oleh Rozita Rohaizah (Saloma) serta juara Bintang P’Ramlee 2016, (P. Ramlee).

Persembahan yang bermula pada Jumaat 3 Mac akan memuatkan kapasiti sebanyak 370 kerusi dengan harga pas masuk dari RM68 hingga RM108 termasuk ‘Cocktail Reception’.

Bagi persembahan pada Sabtub 4 Mac dan Ahad Mac pula kapisiti 280 orang dengan susunan 8 kerusi setiap meja dan termasuk makanan ‘Western Set Dinner’.

Harga promo Early Bird sudah dibuka, boleh dibeli sebelum 18 Februari. RM68-RM48, RM88-RM68, RM108-RM88.

Layout meja untuk Jumaat
Layout Meja untuk pada hari Sabtub
Layout pada hari Ahad

Untuk keterangan lanjut mengenai harga jualan meja dan Link tempahan boleh hubungi 0173268068 (Pn Marnie), 01121315448 (Pn Linda) atau email ke [email protected]. – SM

 

(Visited 849 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button