Rencah Hidup

Tasik Cermin dibuka semula 15 Januari

BERITA baik kepada pengunjung dan pelancong domestik. Tasik Cermin di Ipoh, Perak yang ditutup sementara ekoran tindakan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan sekitar akhir tahun lepas, bakal dibuka semula pada pertengahan bulan ini.

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh  (MBI) dilaporkan berpuas hati dengan hasil siasatan insiden lelaki yang terjun ke dalam tasik tersebut bulan lepas.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, tasik yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semula jadinya itu bakal beroperasi seperti biasa, dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.
Bagaimanapun, katanya, pihak MBI berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“MBI berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan menjadi antara destinasi pelancongan utama di bandaraya Ipoh,” katanya.

BACA PAUTAN DI BAWAH:

https://suaramerdeka.com.my/gara-gara-aksi-terjun-pemuda-tasik-cermin-ditutup/

Pada 13 Disember lalu, Tasik Cermin ditutup kepada orang ramai bagai memberi ruang kepada siasatan kes video 15 saat tular melalui aplikasi TikTok seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu.

Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan tersebut.

Tasik Cermin juga pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lepas atas faktor keselamatan. – SM

 

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button