Ekonomi

Taobao Umum Ciri Penghantaran Baharu dan Perlindungan Pembayaran

BERSEMPENA dengan Festival Beli-belah Global tahunan kali ke-13, Taobao hari ini mengumumkan ciri  penghantaran baharu dan perlindungan pembayaran di samping pelbagai tawaran istimewa yang akan memberikan pengalaman beli-belah secara dalam talian yang lebih mudah dan menyeronokkan kepada para pengguna Malaysia.

Antara pelbagai penaiktarafan perkhidmatan lain, Taobao telah melancarkan ciri Penghantaran Terus Taobao yang baharu, yang bertujuan menjadikan urusan lebih mudah dan lancar bagi para pengguna Malaysia untuk  menyemak keluar sambil membayar yuran penghantaran yang dikira secara serta-merta hanya dengan beberapa klik.

Para pelanggan kemudiannya boleh menunggu sahaja pakej mereka dihantar ke pintu rumah mereka. Selain
itu, para pelanggan yang telah mengaktifkan dan menentusahkan akaun Dompet Lazada mereka di app Taobao akan dapat menikmati Perlindungan Pembayaran Dompet Lazada dan menyemak keluar secara selamat dengan Dompet Lazada.

Pada tahun ini, festival 11.11 akan mempunyai dua tempoh prajualan, dari 20 hingga 31 Oktober dan dari 4 hingga 10 November, sekali gus membolehkan para pengguna Malaysia untuk melihat-lihat produk dan membuat keputusan pembelian lebih awal sebelum dua jendela jualan sebenar, yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 November dan pada 11 November.

Ketika tempoh prajualan, para pembeli juga boleh merebut tawaran dan produk secara lebih awal dengan membayar suatu deposit melalui kad kredit Dompet Lazada ataupun baki dompet.

“Pada 11.11 ini, kami teruja untuk memperkenalkan ciri Penghantaran Terus yang baharu dan penambahbaikan pembayaran Dompet Lazada sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk membawakan pengalaman beli-belah yang lebih mudah, lancar dan menyeronokkan kepada para pengguna Malaysia.

“Acara 11.11 dihasratkan untuk menjadi masa untuk membalas semula jasa para pengguna bagi platform kami. Dengan memperkenalkan kesemua penaiktarafan ini menjelang Festival, kami berharap untuk menjadikan tahun ini lebih mudah bagi para pengguna Malaysia sedia ada dan juga baharu untuk menikmati beli-belah di Taobao,” jelas Jess Lew, Pengurus Negara bagi Alibaba Tmall Taobao World, Malaysia.

Beli-belah lebih mudah di Taobao hanya dalam beberapa klik Dengan ciri penghantaran Terus Taobao, Taobao  berupaya untuk mengira secara automatik dan memaparkan caj penghantaran laut atau udara yang tepat bagi penghantaran terus ke Malaysia pada halaman semak keluar.

Para pembeli tidak perlu lagi menunggu item mereka untuk sampai ke gudang konsolidasi rentas sempadan, dan hanya selepas itu mendapat tahu caj penghantaran dan membayarnya. Mereka kini boleh membayar secara  serentak pembelian mereka dan yuran penghantaran hanya dalam beberapa klik.

Khidmat Penghantaran Terus Taobao juga membolehkan para pembeli menggabungkan pesanan berbilang merentas kedai berbeza dan membayar sekali sahaja untuk penghantaran terus ke Malaysia, sekali gus  membantu mereka menjimatkan yuran penghantaran.

Para pembeli juga dapat meraih lebih penjimatan dengan potongan harga tambahan terhadap jutaan produk
yang mengambil bahagian dalam Penghantaran Terus bagi pelbagai kategori seperti rumah dan dekor, fesyen, gadget dan banyak lagi.

Di samping itu, mereka boleh menikmati penghantaran rentas sempadan percuma bagi pembelian sebanyak RMB299 atau lebih untuk produk yang disenaraikan di bahagian “Penghantaran Rentas Sempadan Percuma RMB299”.

Lebih ketenangan fikiran ketika membeli-belah

Dompet Lazada bersepadu di app Taobao, yang diperkenalkan kepada para pengguna Malaysia pada tahun lepas untuk menyediakan saluran yang mudah dan lancar serta selamat bagi pembayaran segera di app Taobao, telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

Pada tahun ini, para pengguna yang telah mengaktifkan dan menentusahkan Dompet Lazada mereka di app Taobao boleh tetap yakin bahawa mereka akan dilindungi di bawah pelan “Perlindungan Pembayaran Dompet Lazada”.

Pelan ini melindungi para pengguna sekiranya apa-apa urus niaga tidak sah dilakukan melalui akses yang tidak sah kepada akaun mereka, bagi membolehkan pengalaman pembayaran yang lebih selamat.

Para pembeli yang membuat pembelian menggunakan Dompet Lazada di Taobao juga tidak perlu berasa bimbang bahawa mereka akan terlepas tawaran.

Dompet membenarkan para pengguna untuk merebut tawaran dan membuat bayaran segera dengan lancar.

Para pembeli boleh menambah nilai Dompet Lazada mereka lebih awal untuk merebut tawaran dengan lebih pantas ketika jualan.

Rakyat Malaysia kini boleh menggunakan Dompet Lazada untuk membayar deposit dan mendapatkan item kegemaran mereka ketika jendela prajualan. Untuk kali pertama, Dompet Lazada dan kad kredit bank tempatan diterima untuk deposit yang dibuat ketika prajualan 11.11 ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button