Tanggungjawab berat dipundak Ismail Sabri apabila diumum calon bakal PM
KETIKA para penyokong Datuk Ismail Sabri Yaakob bergembira kerana diumumkan dicadang sebagai bakal Perdana Menteri jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum ke-15 kelak.
Ramai yang tidak sedar betapa besar dan beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh beliau.
Perkara itu diperinci oleh Tan Sri Annuar Musa iaitu orang pertama mencadangkan supaya Ismail Sabri turut dilantik sebagai Pengerusi BN, dalam tulisan beliau baru-baru ini.
Tulisan itu sekaligus menepis tanggapan serong atas cadangan beliau yang dilihat lebih cenderung untuk menyelamatkan kedudukan selaku calon pada pilihan raya, kerana ia ditentukan oleh Pengerusi BN.
Kononnya Annuar gusar nama beliau akan digugurkan daripada senarai calon kerana dilihat tidak mesra alam dengan pucuk kepimpinan UMNO yang turut menguasai BN pada masa ini.
Menurut Annuar, ada pihak yang bertanya,apa rasionalnya idea supaya DSIS (yang telah pun dinamakan sebagai calon PM10 UMNO oleh MKT) dicadangkan sebagai pengerusi BN dan Pengarah PRU 15 BN?
Jawapannya mudah. Pertama dinamakan sebagai calon PM tidak membawa sebarang makna sekiranya parti tidak memenangi PRU dgn cukup bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan sendiri.
(Kemungkinan UMNO tidak berupaya memenangi sekurang kurangnya 112 kerusi secara solo), jawatan PM tidak boleh ditentukan oleh UMNO sahaja, sebaliknya perlu ditentukan bersama oleh komponen BN,dan selanjutnya perlu mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat yang datangnya dari pelbagai parti lain lagi.
Ini bermakna DSIS,setelah dinamakan calon PM UMNO, perlu memikul tanggungjawab mencari “the winning formula” untuk parti. Ini bukan satu perkara mudah, apa lagi jika tanpa satu kedudukan yg kukuh dalam parti dan organisasi pilihan raya.
Pertama DSIS perlu mempastikan kesiapsiagaan parti BN dari segi organisasi, jentera, kewangan, logistik dan lain-lain sebelum beliau membubar Kerajaan Campuran pimpinannya sekarang untuk mendapat mandat baru.
Jika tidak,”yang dikejar tak dapat,yg dikendung berciciran”.
Kedua: DSIS perlu membuat perhitungan dan mencari “the winning formula”,terutama menentukan saf ahli parlimen umno yg mampu memenangkan cukup bilangan kerusi utk membentuk kerajaan. Ini melibatkan pemilihan calon-calon PRU-15 yang akan datang yang perlu berdiri bersama beliau dalam kerajaan.
Ketiga: DSIS perlu memikirkan “alliance” yang sesuai bagi mempastikan kemenangan BN. Ini melibatkan keyakinan parti parti lain untuk memberi sokongan kepadanya sebagai PM.
Keempat dan paling penting DSIS mesti berada pada posisi yang kukuh dalam BN, kerana jika tidak beliau hanya menjadi “lame duck Prime Minister”yang pastinya akan sekali lagi mewujudkan ketidak stabilan Kerajaan pimpinannya
Sekiranya beliau sendiri,setelah dinamakan sebagai calon dan bakal PM10 oleh UMNO, dapat menakhodai bahtera BN sebagai Pengerusi, aka beliau dan Presiden Umno bolehlah bergandingan dengan padu dan mantap bagi menjamin kemenangan saf UMNO, komponen BN dan lain lain parti sahabat.
Semua ini hanya boleh dilakukan dgn berkesan sekiranya DSIS sendiri memimpin BN dan bertindak sebagai Pengarah Utama PRU 15.
Jika tidak beliau tidak lebih dari hanya BAKAL PENGANTIN, yang ijab dan kabulnya terletak kepada imam dan wali serta bakal pasangan yang belum tentu menjadikan impian satu kenyataan.