Agama

MAIPs laksana pelbagai inisiatif bantu golongan terkesan Covid-19

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi membantu golongan yang terkesan dalam aspek kewangan dan ekonomi akibat penularan Covid-19 dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka yang terkesan teruk terutamanya golongan asnaf di negeri ini.

Antara inisiatif atau bantuan yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu termasuklah ‘Agihan Bantuan Khas Rangsangan Asnaf MAIPs Kesan Pandemik Covid-19’ kepada 18,179 orang penerima berjumlah RM5,453,700.

Pihak MAIPs juga telah membuat agihan bantuan kepada 15,303 orang melalui akaun bank penerima. Manakala, bagi 2,876 penerima yang tidak mempunyai akaun, ia diagihkan secara edaran melalui Amil-amil kariah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian ‘Majlis Apresiasi Penyumbang Zakat Gaji Tahun 2021 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua wakil jabatan, institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan juga syarikat swasta yang hadir.


Terdahulu daripada itu Mohd Nazim memaklumkan bahawa majlis tersebut dilaksanakan sebagai medium untuk menghargai para penyumbang zakat pendapatan di bawah Skim Potongan Secara Bulanan melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

(Visited 57 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button