NegeriTravel

Tambah baik Perlis Geopark dari semasa ke semasa

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan majlis Pemahsyuran Perlis Sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Eko Rimba Bukit Ayer.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dengan kelebihan yang terdapat pada Perlis Geopark perlu sentiasa digilap dan ditambah baik dari masa ke semasa biar pun telah dinobatkan sebagai Geopark Kebangsaan Ke-10 pada tahun lalu.

Sehubungan itu, titah Baginda setiap pihak diingatkan agar tidak terlalu selesa dengan pencapaian pengiktirafan yang diraih tersebut.

“Pengiktirafan itu merupakan satu amanah untuk semua pihak agar dapat diwarisi kepada generasi akan datang untuk memantapkan dan memperhebatkan lagi pembangunan Perlis Geopark,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan dipersembah maklum sempena majlis Pemahsyuran Perlis Sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Eko Rimba Bukit Ayer.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian pada majlis Pemahsyuran Perlis Sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Eko Rimba Bukit Ayer.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Baginda bertitah, kerajaan negeri perlu sentiasa memandang serius dalam merangka agenda pembangunan Perlis Geopark untuk jangka masa panjang supaya khazanah bumi negeri ini berkekalan sehingga ke cucu cicit kita.

“Beta percaya dengan adanya faktor keunikan muka bumi negeri ini akan menjadi satu peluang dan ruang untuk kerajaan negeri meneroka potensi-potensi baharu yang dapat menggerakkan Perlis Geopark untuk terus melangkah ke hadapan dan duduk sebaris bersama geopark lain bertaraf UNESCO,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat pameran pada majlis Pemahsyuran Perlis Sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Eko Rimba Bukit Ayer.

Titah Baginda, komuniti setempat juga boleh duduk semeja berbincang bersama pengurusan Perlis Geopark untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dalam menambah pengetahuan tentang warisan geobudaya tempatan sekali gus memberi manfaat kepada semua pihak terlibat.

Baginda bertitah, diharap komuniti kita dapat terus menyampaikan penceritaan tentang potensi geopelancongan dan keindahan alam sambil meneroka elemen geologi serta biologi yang berada di kawasan setempat. – SM

BACA Penilai Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark sertai Kayuhan MAIPs Peduli

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button