Politik

Takiyuddin beri RM20 kepada warga Kota Bharu suntik vaksin

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin menawarkan saguhati bernilai RM20 kepada penduduk Parlimen Kota Bharu yang melengkapkan dua dos suntikan.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Bharu, Suhaimi Mat Zin berkata, saguhati tersebut sebagai galakan kepada rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengawal penularan Covid-19.

“Mereka yang melengkapkan suntikan itu perlu mengemukakan pengesahan suntikan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi Mysejahtera,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

Saguhati akan akan diberikan bermula 30 Mei ini dengan syarat mereka adalah warga Kota Bharu dan perlu membawa kad pengenalan untuk semakan bahawa mereka merupakan penduduk di kawasan Parlimen tersebut.

Katanya, tuntutan ini boleh dibuat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 09-7473688.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button