Nasionalpilihan

193 saman kerana gagal gunakan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan

SEBANYAK 193 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal kerana tidak menggunakan laluan khas kenderaan tersebut di Lebuh Raya Persekutan sejak 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata,  terdapat lorong motosikal yang disediakan di kiri dan kanan Lebuh Raya Persekutuan yang menghala ke Kuala Lumpur dan Klang.

“Namun, masih ramai penunggang motosikal yang ingkat dan menggunakan laluan utama lebuh raya ini.

“Malah, ada juga segelintir penunggang motosikal yang menggunakan laluan tol masuk dan keluar lebuh raya sebagai jalan pintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kegagalan mematuhi laluan yang disediakan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan dan disaman di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Kita ingin mengingatkan kepada semua penunggang motosikal agar sentiasa menggunakan lorong khas motosikal yang disediakan atau berdepan dengan tindakan undang-undang,” jelasnya. -SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button