Nasional
Tak perlu imbas MySejahtera mulai 1 Mei
Orang ramai tidak perlu lagi mengimbas MySejahtera mereka untuk memasuki premis dan kawasan awam mulai 1 Mei, kata menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.
Pada sidang media, Khairy bagaimanapun berkata individu “berisiko tinggi” termasuk mereka yang mempunyai Covid-19 dan di bawah kuarantin dilarang memasuki premis tersebut.
“Pihak pengurusan (premis) mesti menyemak status risiko mereka yang memasuki premis mereka.”