Tak manislah saya komen sekarang, ulas Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menganggap ia tidak manis untuk beliau mengulas khabar angin beliau akan dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Utusan Malaysia melaporkan bagaimanapun enggan mengulas dakwaan tersebut, namun dalam masa yang sama tidak menafikan mengenai perkara itu.
“Tak manislah saya buat sebarang komen lagi sekarang ini,” katanya.
Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari atas undangan Presiden Joko Widodo.
Turut bersama dalam lawatan itu adalah Tajuddin di mana pimpinan berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma kira-kira 10.10 pagi tadi.
- Mini Velo, basikal yang sering disalah faham jenisnya22 December 2024
- Kenapa Madani tak boleh menang pilihan raya?22 December 2024
Antara lain, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut bersama dalam lawatan itu.
Lawatan ini merupakan lawatan sulung Perdana Menteri ke negara jiran itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.