Politik

Orang muda bersama BN di PRN Melaka – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin golongan muda akan bersama-sama dengan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Presiden UMNO itu, kumpulan tersebut tidak akan lagi tertipu dengan janji dan fitnah seperti yang dilemparkan dalam pilihan raya sebelum ini.

“Hanya perlu bayar balik pinjaman PTPTN selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000. Pendidikan percuma IPTA, satu juta pekerjaan baru yang berkualiti, 1 juta rumah mampu milik, mampu sewa.

“Hapuskan tol, kereta harga rendah dan bermacam-macam lagi akad palsu bulan madu di awan biru. RadioHead pun sudah hilang cerita. Membuat janji tanpa memikirkan implikasinya.,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, golongan muda ketika ini adalah kumpulan yang memiliki aspirasi politik yang sofistikated

Pemikiran dan cita rasa kumpulan itu mengenai politik sangat tinggi, halus dan bersifat kompleks.

“Generasi ini dikatakan tidak suka menjadi ahli mana-mana parti, tetapi cakna tentang perihal politik. Merekalah generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah.

“Namun senario itulah suatu kelebihan buat BN untuk PRN Melaka, Sarawak mahupun dalam PRU-15 nanti.
Golongan ini akan berfikir secara rasional dan berfakta dengan demikian akan melihat kebenaran pada BN.
UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid yakin anak muda Melaka masih mengingati dan merindui kemakmuran kerajaan BN.

Kerajaan BN pernah mengharmonikan kesejahteraan hidup golongan tersebut dari kecil hingga dewasa.

“Those were the good old days” yang mereka mahu nikmati semula bersama kerajaan BN,” katanya.

Tambah beliau, UMNO bersyukur kerana ramai daripada golongan itu memilih untuk menyertai UMNO.

Ianya dibuktikan dengan jumlah keahlian Pergerakan Pemuda UMNO yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

“Menjadikan keanggotaan Pemuda UMNO di seluruh Malaysia kini mencatatkan hampir setengah juta.
Bukti bahawa anak muda Malaysia bersedia bersama UMNO dan mahu bersama UMNO.

“Ini juga suatu cerminan sememangnya UMNO sebuah parti keramat agama, bangsa dan negara.

“Selepas 75 tahun berbakti UMNO kekal relevan diyakini rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Kita meyakini ramai lagi anak muda di seluruh negara yang bersetuju dengan falsafah perjuangan UMNO,” kata beliau.

Ahmad Zahid memberi jaminan UMNO tidak akan mengecewakan golongan muda.-SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button