Nasional

“Tak kan nak tunggu menteri turun, baru tahu mesin nak rosak”-Anwar

Lawatan mengejut PM ke KLIA

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kecewa apabila lawatan mengejutnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam mendapati hanya satu daripada tujuh mesin pengimbas kastam beroperasi.

Anwar berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan mendesak pegawai agensi terbabit turun padang untuk melihat permasalahan di bawah.

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan mengejut ke KLIA, Sepang. – GAMBAR FACEBOOK

“Kebetulan saya, Menteri Kewangan, Kastam bawah tanggungjawab saya. Takkan nak tunggu menteri turun baru nak tahu rosak,” kata Anwar berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri.

Kata Anwar lagi, ini adalah kelemahan dari segi maklumat.

“Kalau belanja sekitar beberapa juta kita boleh luluskan segera dan saya percaya SPRM takkan siasat semata-mata luluskan segera kerana keadaan mendesak,” katanya.

Semalam, Anwar mengadakan lawatan mengejut di KLIA untuk meninjau operasi imigresen di pintu masuk negara itu.

Lawatan itu dipercayai susulan kekecohan di KLIA baru-baru ini membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mengakui beliaulah individu yang ditularkan bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara. – SM

BACA Siapa menteri buat kecoh nak selamatkan pelancong China?

BACA Menteri MOTAC atau Pegawai Imigresen yang salah guna kuasa?

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button